Sabtu, 19 Februari 2011

roti, air dan payung

pagi ni sgt melucukan....sy ajak yatt teman g toilet..pastu amik air,..nak masak...ok lagi..pastu smpai bilik, sy buang air tu sebab air yg dah masak dah ader...tapi sebenarnya air tu sepatutnya masuk dlm bekas dulu...bukannya g buang terus...sebab sy buat mcm tu..?? sy khayal....hehehehhee...yatt pun gelak hbis2..sebabnya masing2 memang khayal...hahahahahahahahahaha..
pastu masing2 ngadap laptop n senyup...tetiba yatt ajak makan roti....ok...makan lah roti...n yatt lak makan pisang goreng ngan kaya....ok jer...pas makan, kitaorg masing2 bpesan supaya hbiskan roti sepertimana tarikh tu sebab sy selalu jer buang roti yg dah expired..n selalunya roti tu masih byk...hmmmmm....
aper yg menarik, yatt xmakan roti sbnarnya..namun nak sedapkan hati, nak jugak tolong hbiskan roti tu esok...dengan bantuan kari ayam dan sebagainya untuk dicicah...huhuhuhu...ok jer...pun boleh jugak ngan kari pun...asalkan roti tu hbis...
kami pun mgimbas kembali kenangan minggu lepas...(3 minggu lepas)...tentang sy dan payung kuning...
malam tu kul 2.30 pagi...sy ngan yatt g toilet..pastu balik tu sy sempat pesan,yatt, jgn tido lewat...n sy tido lah dulu..tu pun sy masih takut2 nak tido sebab risaukan dia tido lewat..tp mata memang tak leh bukak dah...pastu sy dikejutkan...yatt nak g toilet pulak...masa tu dah kul 3 lebih dah rasanya...n dgn selamba, sy bgun n capai payung kuning yg tersangkut kat hujung katil....hehhehehehehehehe...memang giler...!! sebab sy takut ader aper2 kat toilet...leh lah guna payung tuk pukul kan....hahahahhaha...pertahanan...hehehehhehe..sy hanya tgk jer yatt gelak2 kat sy sepanjang perjalanan ke toilet dan juga semasa balik ke bilik....bila sy nak tido balik, baru lah sy tanya yatt..."naper aku bawak payung g toilet tadi ek..?" ahahahahahhaha....masa tu yatt hanya dapat menahan gelak yg teramat sgt lucunya...hehehehhehehe...adoooiii...sy pun tak tahu nak ckp macam mana...tu lah kenangan yg sy xdpt lupakan selama sebilik ngan yatt ni....hmmm......lucu pun ader sebenarnya.tapi yg pentingnya sy tak tahu naper sy bawak payung g toilet...hahahahaha...dgn alasan pertahanan diri, kawan2 semua mgiyakan saja..dengan ketawa tak henti2...hahahahahaa.....:-)

pak guard

adoooooiiii...cuak pun ader gak sebenarnya...pak guard uitm buat sekatan besar2ran malam ni...huhuuu...penat sy ngan yatt g tgk aper yg blaku kat bawah sebenarnya...memang kami agak terkejut jugaklah..bak kata yatt, dah 5 sem kat kolej, ni baru 1st time pak guard wat rush mcm tu...kad matrik...kete..motor..semua kena...teruk ugak lah...dengan keberanian yg ader trus yatt g tanya salah seorg pak guard tu...terjwablah soalannya....xder aper2 pun sbnarnya..hmmm....akhirnya kami terpaksa masuk pintu depan kolej sebab pintu lain dah tutup...naik bpeluh jugaklah kitaorg dibuatnya.....hmm...pepun...pak guarg terbaek lah..!!

majalah sasaran

hmm....majalah sasaran merupakan sebuah majalah kritikan media yg satu2nya di malaysia ni...dan hasilnya daripada UITM...sy sgt bangga dengan penghasilan majalah ini....tahun ni dan sem ni...kamilah pendokong utama atau pun tunjang kepada pembikinan majalah tersebut...
pada mulanya sy rasakan perkara ini sgt mudah nk buat...tapi akhirnya...satu hari...
pensyarah mgumumkan yg sy adalah ketua pengarang untuk majalah ini.....alamaaaakkkk....macam mana ni????
sy sebenarnya takut utk mghdapi situasi ni sbnarnya...tambah2 plak dengan ilmu masa diploma dulu pun dah dilupakan....tapi i try my best lah...nak buat macam mana kan..sy terimalah jawatan tersebut dengan hati yg berdebar2...skrg, dengan bantuan rakan2, semua sudah diaturkan...cuma nak tunggu masuk kan news dan juga bahan2nya...hmmm....bukan senang tau...tu lah yg menjadikan sy gerun sgt2 ni...hmm....insyaallah..semua berjalan lancar...sy tak suka birokrasi...ataupun berukrasi...so...tak kira jawatan bawah atau pertengahan, semua kita kena dengar...apa yg penting, kita dapat hasilkan sesuatu yg baik utk semua...dan juga utk UITM secara umumnya...hmmm...
sy pun agak terkejut kenapa agaknya nama sy dipilih pensyarah tersebut....mungkin dah ditakdirkan sy terpaksa berhadapan dgn benda ni sem ni...hmmm...bak kata mama, jgn mudah putus asa....percaya pd kemampuan diri kita...walau org nampak kita mcm bodo jer..tapi org tak tahu yg kita bijak sebenarnya...tu lah yg penting...jgn nak blgak pandai sajer..tapi sbnrnya tak pun...so, itulah yg mjadi pegangan sy...hmmm...love my mum so much....hehehehe....

SKRIP??

hmmmm...ramai yg tanya saya...weeiii...naper ko xbuat skrip ag skrg??
sy hanya senyum selamba....sebenarnya semuanya masih dlm perancangan sy...bukan tidak mahu mghasilkan skrip lagi...cuma masa dan keadaan tidak mgizinkan...masscom..bukan mcm teka dulu...budak2 dalam kelas pun lain2...dulu pointer 3.45 ke atas tu kompem dlm tgn...tapi skrg...hmmm...bukan tak pandai..tapi ntahlah...byk benda yg memaksa jd mcm tu...dulu dan skrg...byk lain nyer...
berbalik ke cerita skrip td...sbnarnya masih byk koleksi skrip sy yg dulu yg msh blum publish ag...nanti lah tgu masa...buat masa skrg ni nak hbiskan part 5 ni dulu...walaupun perit jugak nak hbiskan...tapi kena telan lah kan...insyaallah...tak kemana...

SURAT UNTUK KAKAK

Kak,
            Adik masih lagi macam dulu jugak. Masih lagi menghisap rokok dikolej. Kawan-kawan pun sama jugak. Tapi adik sebenarnya cuba untuk jauh dari diaorang tapi adik tidak berjaya untuk melawan semua itu. Hari-hari adik terpaksa juga berhadapan dengan dia orang. Dalam masa yang sama adik juga terpaksa menhidu asap-asap dari rokok mereka. tapi kan, cara diaorang hisap rokok tu memang membuatkan adik teruja nak hisap rokok jugak. Tu lah sebabnya adik tak boleh nak tinggalkan rokok.
            “ Asya, jom teman aku pergi kedai depan tu jap, aku nak beli stok,” ajak Lia. Asya berhenti menulis. Dia bangun dan mengadap Lia. Dibetulkan lengan bajunya berkali-kali. Rimas.
 “Nak pergi mana kau cakap, kedai depan tu? Sekarang dah pukul berapa ni cik kak oit..” balas Asya. Lia memandang jam berkali-kali dan keluar dari biliknya.
            Macam tu lah Lia kalau kakak nak tahu. Selalu sangat dia ajak adik pergi beli rokok kat kedai depan tu. Lia seorang budak yang baik. Keluarganya pun keluarga orang yang baik-baik jugak. Tapi Lia merokok pun ada sebabnya. Dulu sebelum masuk belajar kat sini, dia ada teman lelaki tau. Budak tu baik kat depan je rupanya. Kesian kat dia kan akak.
Adik menangis masa dengar cerita Lia hari tu. Dia dah banyak menghabiskan masa kat lelaki tu. Dia sayang sangat kat lelaki tu tapi lelaki tu ada perempuan lain. Disebabkan perkara tu, dia frust dan dia mula merokok.
Adik pun pelik jugak kenapa boleh jadi macam tu sedangkan banyak benda lagi dalam dunia ni yang boleh dijadikan cara untuk menyelesaikan masalah. Adik ada jugak tanya dia, tak menyesal ke hisap rokok. Tapi dia hanya senyum je. Adik pun tak tahu apa jawapan dia yang sebenarnya.
Asya bangun menghampiri pintu biliknya dan memandang ke luar bilik. Matanya tertumpu pada sekumpulan remaja yang sedang duduk di bawah pokok. Perempuan. Mereka semuanya sedang rancak berbual-bual. Ditangan mereka ada sebatang rokok yang berkepul-kepul asapnya. Asya hanya memandang dan kembali ke meja tulisnya.
Mereka tu ramai kak. Semuanya hisap rokok. Adik pun tak tahu apa sebab-sebab mereka boleh terjebak dengan benda tu. Mungkin diaorang pun macam kita jugak. Tapi adik dah berjanji dengan kakak kan yang adik nak berhenti merokok macam kakak buat dulu. Baru-baru ni adik balik rumah. Mak macam dulu jugak. Suka sangat berleter. Kadang-kaadang bila cuti je, adik menghabiskan masa kat kolej sebab tak nak balik.
Mak pun sekarang ni makin rancak dengan rokok dia. Balik je keje, hisap rokok depan tv. Ayah pun sama. Adik bingung fikir pasal ni. Macam mana adik nak berhenti merokok kalau diaorang didik adik macam tu. Percayalah, adik memang nak berhanti hisap rokok tapi adik tak berdaya kak. Bila balik kolej je, adik terjebak pulak dengan budak-budak kolej ni yang rata-rata antara diaorang tu hisap rokok semuannya. Baru-baru ni kan, adik dapat maklumat dari internet tentang rokok, kandungan rokok dan bahaya merokok. Adik pun takut jugak dengan semua tu tapi adik tak berjaya nak yakinkan diaoranng.
“ Lia, minggu depan kolej kita ada buat satu seminar kesihatan tau. Best jugak aku tengok banner dia tadi masa nak balik dari kelas. Jom kita pergi nak?” asya menanyakan Lia yang sedang sibuk kemaskan diri untuk keluar.
“ Kempen kesihatan? Okey tu memang okey, tapi aku malaslah nak pergi. Kalau kau nak,kau pergi je lah ok! Aku tak kisah pun.ok, babai..” balas Lia dan terus keluar dari bilik. Asya hanya diam membisu.
Macam tu lah adik setiap hari kak. Apa yang adik katakana, ada je yang tak kena dimata diaorang. Kadang-kadang adik menghabiskan sekotak rokok dalam masa 2 jam sahaja. Kakak kena faham kenapa adik jadi macam tu sebab kawan-kawan semuanya tak nak hiraukan adik. Tapi sekarang dah tak macam tu. Adik kuat semangat, macam kakak jugak. Adik tak hiraukan apa kata orang. Adik teruskan apa yang adik rasa adik patut buat.
“ Kau ada rokok tak ca? aku tertinggal dalam kereta tadi. Malaslah nak pergi ambil.” Tanya fikah pada Asya. Asya hanya diam dan terus menulis di mejanya.  Fikah mencapai kotak rokok dimeja Asya dan mengeluarkan sebatang rokok dan menghidup api di hujung rokoknya.
“Apa yang kau buat tu ca? dari tadi aku tengok dok mengadap benda tu? Tulis surat cinta ke? Aku pun ada pakwe jugak tapi tak payah lah nak bersurat-surat lagi. Ni zaman millennium la ca. apa la kau ni! Lucu betul!” Fikah menambah lagi.
“Ikah, apa kata kita berhenti merokok? Tadi aku pergi seminar kesihatan tu. Banyak maklumat yang aku dapat tentang bahaya merokok tau. Aku dah ambil nombor telifon pihak kesihatan yang menganjurkan kempen tak nak pada rokok tu. Diaorang sudi membantu kita kalau kita betul-betul nak berhenti.” Pujuk Asya.
“so, kau nak aku buat apa?”
“bukan buat apa-apa pun, pergi je dengar ceramah diaorang dan ikut tips-tips yang diaorang bagi.tu je. Buat pengetahuan kau, rokok ni bahaya. Kita boleh dapat kanser paru-paru, sakit jantung Iskamemia dan yang paling aku takut, hilang ingatan. Jom la.aku teringin sangat nak pergi.” Pujuk Asya bertubi-tubi.
“kalau kau nak, kau je la pergi, buat apa nak ajak aku. Buat apa nak paksa-paksa aku?? Aku tak berminat la dengan rancangan kau ni ca! sorry sangat-sangat ok.! Aku pergi dulu.” Fikah bangun meninggalkan Asya.
Macam tu lah akak. Fikah, Lia, suraya, aina, mimi, fatin, nurul, nadia, anis, nabila, semuanya sama. Diaorang semuanya merokok. Kawan-kawan diaorang pun semuanya merokok jugak. Semuanya tak nak dengar cakap adik nak berhenti merokok. Semuanya dengan pendirian mereka yang bagi adik semua tu mengarut je. Yang sorang tu nak merokok sebab suka-suka je. Ada jugak yang merokok sebab nak kurus. Kononnya merokok boleh kurus. Macam mana tak kurus kalau bahan bakar yang ada dalam tu bertindak membakar semua sel-sel yang ada dalam badan kita. Betul tak akak? Lepas tu  ada pulak yang merokok sebab nak hilangkan tekanan. Katanya, dengan merokok, apa-apa masalah pun boleh selesai.
Adik pelik la diaorang ni. Belajar rajin, semuanya pandai-pandai tapi benda kecil macam ni pun tak dapat nak diselesaikan. Kakak, macam mana ni? Adik dah tak tahu nak buat macam mana ni. Adik nak pergi perpustakaan malam ni nak buat kerja Puan Umi bagi semalam. Tapi fikiran adik masih buntu macam mana nak selesaikan masalah ni. Adik takut nak pergi sorang-sorang kat pejabat kesihatan tu. Adik malu. Kalau akak ada mesti akak dah temankan adik kan.
Asya bangun dan meninggalkan bilik. Langkahnya semakin laju bila nampak kelibat Lia berhampiran mesin ATM kolej.
“Hai Lia!”
“Hai Asya!”
“ Kau baru sampai ke? Mak kau sihat tak?”
“Yap, aku baru nak sms kau. Mak aku ok je. Dia tanya kenapa tak ajak kau balik sekali. Aku cakap la kau sibuk dengan semianar kesiahatan kau tu.betul tak?eh,kau kunci tak pintu bilik? Aku nak masuk mandi ni? Kau kat Library je kan? Nanti aku follow ok. Aku nak mandi dulu.” Balas Lia pada Asya. Asya hanya tersenyum dan mengangguk.
Dalam perpustakaan, dia terpandang kelibat Ain dan beberapa orang lagi yang sedang sibuk melayari internet.
“kau buat apa kat sini? Cari bahan ke? Jom la petang ni kita turun padang. Dah lama rasanya kau tak turun latihan kan? Jom la. Petang ni ok. Aku tunggu kau. Set! Jangan lewat ok.” Ajak Ain.
“Oo..ok..tapi..aku tak janji tau.” Kata-katanya hampir tenggelam dari telingan Ain yang sedang berjalan menuju ke mejanya kembali.
Petang itu Asya turun padang. Dia pulang awal dari kuliah. Biasanya Asya akan singgah beli kueh di kedai Pak Mat tapi hari ini dia hanya melambai Pak Mat dari jauh kerana mengejar masa untuk pulang dan bersiap ke padang.
“Hai Ca! kau ok tak? Dah lama kita tak jumpa kan sejak akhir-akhir ni. Biasalah, sibuk kan. Kau pun bukannya nak turun latihan pun. Kita orang tunggu kau tau.ok lah, jom kita mulakan. Ambik posisi masing-masing.” jelas Suraya kepada rakan-rakannya. Latihan hoki hari itu berjalan lancar  sebagaimana yang mereka harapkan.
Selepas tamat latihan, mereka semua berkumpul di bawah pokok berhampiran pintu keluar. Masing-masing mencapai beg dan menghidupkan rokok. Kecuali Asya. Asya hanya memandang dan buat tak tahu tentang perbuatan mereka itu.
“Ca,kau tak nak ke?” tanya Suraya.
“Tak nak”. Jawab Asya ringkas.
“biar betul kau ni..aik, dengar cerita kau nak nberhenti? Betul ke kau ni? Dah fikir masak-masak ke? “ Mimi bertanyakan Asya. Kurang yakin dengan Asya.
“Betul lah. Apa yang tak betul nya? Aku tak nak. Aku balik dulu boleh tak? Aku ada hal sikit kat rumah. Lagipun dah petang ni. Lia, jumpa kat bilik nanti ok. Bye kawan-kawan!” Balas Asya.
Mereka semua hanya memandang Asya berlalu pergi.
“Apa la yang tak kena dengan budak bilik kau tu Lia? Aku tak faham betul lah. Sekarang tengah sibuk dok mengajak kita semua berhenti merokok. Kalau nak berhenti, blah je la. Tak payah nak paksa-paksa orang pulak. Kata aimi. Mereka semua mengangguk.  Diaorang terus merokok. Sebatang dan sebatang dan sebatang, sehingga  berkotak-kotak mereka habiskan.
kakak,
            Tadi adik pergi rumah Ucu angah kat kampung sebelah tu kan. Kakak mesti ingat lagi tak kawan baik kakak tu, yang nama dia kak Farah tu. dia dah ada anak dah. Tapi kan kak, kesian kat kak Farah tau. Sebab, dia kan merokok, anak yang dalam kandungan dia tu cacat. Doktor cakap kemungkinan besar anak dia cacat tu sebab dia merokok. Masa mengandung pun dia tetap merokok jugak tau kak. Lepas tu pulak doktor cakap anak dia tu mengidap barah. Mungkin tak dapat hidup lama kot. Kesian betul.
            Asya bangun dan menjenguk ke luar tingkap. Bloknya yang mengadap pemandangan indah bukit di puncak alam itu sangat mendamaikan hatinya. Dia tersenyum.  Dia mencapai surat kakaknya. Tangannya kembali menulis.
            Kak, minggu depan adik nak pergi kursus untuk berhenti merokok tu tau.  Adik dah tetapkan matlamat untuk berhenti ni. Adik tak kira orang nak cakap apa pun. Biar semua orang tahu adik kuat. Tapi kak, macam mana dengan kawan-kawan adik tu? Adik sayangkan diaorang. Adik tak nak diaorang merana nanti. Adik takut. Adik tak nak kehilangan orang yang adik sayang. Nanti kakak tolong adik macam mana nak buat. Adik dah buntu.
Telifon bimbit dimejanya berbunyi. Asya bingkas bangun.
            “hello”
            “Dik, buat apa tu?”
            “Tak ada buat apa la ma.., kenapa ma? Mama sihat ke? Abah mana?”
“Dik, mama kat hospital ni. Abah sakit. Tapi mama tak tahu abah sakit apa sebab doctor tengah periksa lagi tu.”
“Betul ke ma? Teruk sangat ke Abah tu ma? Macam mana boleh sakit ni?”
“Dah dua tiga hari dia mengadu sakit masa nak kencing. Mama ingat kan biasa je. Tapi tadi abah kencing keluar darah. Lepas tu sakit sangat-sangat. Eh, dik, doctor panggil mama tu. Nanti mama bagi tahu adik sekejap lagi.ok, bye adik.”
            Talian diputuskan. Asya kembali ke tingkap dimana dia tinggalkan surat kakaknya sebentar tadi.
            Abah masuk hospital. Adik risau sangat. Abah tu boleh dikatakan berkotak-kotak la jugak hisap rokok tiap-tiap hari. Bila adik cuba nasihat, dia tak nak dengar pun. Kawan-kawan abah pun sama. Datang rumah ramai-ramai, lebih kurang satu pasukan bola sepak la lepas tu hisap rokok berkepul-kepul dan borak dengan abah sampai pagi.
Adik malas nak melayan gelagat orang-orang tua ni. Tapi kenapa diaorang tak fikir, diaorang dah tua, rokok tu bahaya, lagi cepat umur mereka tu pendek. Adik malas nak fikir tentang diaorang. Apa yang penting, adik nak berhenti merokok jugak.
Adik dah tahu abah sakit apa. Doktor cakap kanser pundi kencing. Adik terkejut jugak mama cakap macam tu. Adik tak percaya tentang semua ni. Sekarang abah kena tinggal kat hospital untuk rawatan. Kesian mama. Tapi mama pun tak berhenti lagi merokok. Macam mana ni kakak. Adik dah betul-betul pening ni.
          Lia masuk bilik dan menghampiri katil Asya dan duduk ditepinya. Asya yang dari tadi asyik menulis, bangun dan membetulkan rambutnya yang ikal itu.
            “kau dah makan? Buat apa tu? Aku tengok kau selalu tulis surat. Berjela-jela panjangnya tapi kau tak bagi tahu aku pun siapa penerima surat tu. Atau kau mencipta cerpen ni?” soal Lia pada asya.
            “ Tak ada apa-apa lah. Kau dari mana ni? Aku nak cakap sesuatu ni Lia”
            “Yap, kau ada masalah ke? Atau apa-apa yang aku perlu tahu dan aku Bantu? Cakap je apa pun, aku sudi dengar.”
            “Aku nak berhenti merokok. Aku betul-betul dah bertekad nak berhenti merokok. Aku takut. Aku dah tak sanggup lagi nak tanggung semua ni. Aku tak cukup kuat untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku kepada seorang yang suka merokok.”
“Baguslah kalau kau cakap macam tu. Aku sokong. Tapi, kau dah betul-betul bersedia ke?”
            “Aku dah bersedia. Aku harap kau faham. Aku tak paksa kau ikut aku tapi harapan aku memang macam tu. Minggu depan aku dah start kursus untuk Belia benci rokok dan tak nak pada rokok. Kursus ini percuma je lepas tu pulak buat kat dewan pameran kesihatan. Aku harap kau menyokong aku. “
            “Aku sentiasa di belakang kau. Kau jangan risau la ca. kita tetap kawan macam biasa.”
            “Tapi, macam mana dengan yang lain. Aku berharap agar kau orang semua macam aku.”
            “Kau tak boleh berfikir macam tu. Kami semua mempunyai identiti tersendiri.  Kami mempunyai sebab tersendiri kenapa kami merokok dan kami juga akan berubah suatu hari nanti dan aku tak nampak perkara itu akan berlaku dalam masa terdekat ini. Aku harap kau faham.”
            “Baiklah, kalau kau cakap macam tu, aku terima lah. Terima kasih Lia.”
Lia memeluk Asya. Kelihatan air mata asya mengalir dipipi.
Kakak,
            Hari ni hari pertama adik masuk kursus ni. Semuanya berjalan lancar. Adik gembira kerana ramai yang cuba membantu adik untuk tinggalkan dunia rokok. Adik teringatkan kakak. Kalaulah kakak ada bersama adik, mesti adik terlebih gembira lagi kan.
            Badan adik mengigil. Kadang-kadang terpaksa memakai baju tebal berlapis-lapis, makan gula-gula nikotin dan banyak lagi. Apa yang adik buat semua ni adalah untuk berubah. Adik sanggup untuk terima segala kesusahan ini. Mesti kakak bangga dengan adik kan? Adik ni kan adik kakak. Mesti kakak bangga. Kakak kan pendorong adik selama ni.
            Kak, mama dah tinggalkan rokok, adik berjaya pujuk mama dan masuk kursus bersama-sama dengan adik kat pusat kesihatan tu. Pada mulanya mama malu-malu jugak nak masuk tapi adik bagi semangat pada mama. Abah pun sama. Walaupun abah masih kat hospital lagi.
            Kawan-kawan Asya sedang kerumuninya yang sedang makan dikafeteria.
Asya yang pada mulanya terkejut, menerima kunjungan mereka.
            “Ca, aku tetap terima kau sebagai kawan aku. Walaupun aku tak boleh berubah jadi macam kau buat masa sekarang. Aku tak sekuat semangat kau.” Kata Aimi. Kawan-kawan yang lain pun mengiyakannya. Asya tersenyum dan makan bersama-sama mereka.
Kakak,
            Kawan-kawan adik tu baik kan? Semuanya baik-baik. Masa adik dalam rawatan nak tinggal rokok ni, diaorang banyak Bantu tau. Adik demam, diaorang tuamkan kepala adik, bagi adik ubat dan macam-macam lagi. Adik hanya dapat berdoa agar pintu hati diaorang terbuka dan akan jadi macam adik jugak nanti. Betul tak kakak?
            “Ca, tak tidur lagi ke? Kau jangan tidur lewat tau. Dah pukul berapa dah ni. Esok kita kelas pagi kan.ok lah, good night. Sweet dream.”
            “ok..ok, aku nak tidur dah ni.ok, good night you too! ”
Kakak,
 Jam dah pukul 12.30. Sejak dalam rawatan ni adik selalu tidur awal. Dulu 2 atau 3 pagi tu perkara biasa je kalau tak tidur lagi. Tapi sekarang kena dengar nasihat doktor lah. Ok lah kakak, adik nak tidur dulu. Kakak, adik betul-betul rindukan kakak. Sejak kakak pergi, adik tiada tempat bermanja. Itulah sebabnya adik sayangkan kawan-kawan adik tu. Merekalah tempat adik mengadu kasih. Kalau kakak masih hidup, kakak lah segala-galanya bagi adik. Terima kasih kakak kerana jadi kakak adik selama ni.”
            Asya menutup lampu.
             
           

Jumaat, 18 Februari 2011

sedetik lebih

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...

kunang-kunang?

semua kawan2 tanya sy...kenapa blog ko nama kunang2?
sebenarnya kunang-kunang tu banyak simbolik dalam kehidupan sy...
sebagaimana yg kita tahu, kunang-kunang tu kecik jer kan...
leh terbang...ke mana sajer dia nak terbang...n yg paling penting, dia leh terangkan tempat yg gelap...
tu lah diri sy yg sebenarnya....sy bukan lah seorang yg mampu menerangi hidup semua orang..tapi sy mempunyai impian yg tgi seperti kunang-kunang, dapat terbang tgi...dan mnyinari semua kegelapan malam...
kunang-kunang tu sebenarnya sy jumpa ketika sy mnyertai satu pkhemahan dulu...
zaman2 remaja giler2 kat skolah menengah...
sy tanya salah seorg cikgu...
cikgu: apa yg awk tgk tu...dr td lg cikgu perhati awk...?
sy: bukan ckgu, sy ok jew...cuma sy nak tanya cikgu, nape kat depan houseboat kita tu di terangi...mcm ader lampu lah cikgu...bukan ke td cikgu pesan jgn gunakan sebarang lampu malam ni...sy takut diorg lupa tutup..tapi bila sy tgk balik...tu bukan lampu lah cikgu...mcm binatang yg leh terbang-terbang tu...tapi sy tak tahu nama dia...kecik jer cikgu...
cikgu: owhh...itu rupanya...jom..kita pergi dekat skit...
sy pun ikut cikgu dgn beberapa org rakan lain...
kami dikenalkan dengan kunang-kunang..tapi dengan jarak yg jauh...cikgu ckp,
kalo bising, mungkin kunang-kunang akan lari...kami pun lihat dr jarak yg agak
sesuai lah supaya kami tidak mgnggu kumpulan kunang-kunang tu...
akhirnya baru sy tau...tu namanya kunang-kunang..dan yg paling penting, kunang-kunang tu sebenarnya binatang yg sgt disukai oleh cikgu sy juga...kerana katanya kunang-kunang memberi banyak semangat dlm hidupnya...apabila sy tnya kenapa...? dia hanya tersenyum...
baru hari ni sy tau kenapa....hmmm...terima kasih cikgu...:-)

Jumaat, 11 Februari 2011

batuk

hari ni dah cukup seminggu aku batuk...namun mama masih memegang takhta pertama suara serak sebab masih batuk dr minggu lepas lagi...sian mama...hmm...nak buat mcm mana...udara dan cuaca tak menentu skrg ni....n now aku baru jew pas makan ubat batuk botol ketiga....hmmm...ngntok dah....tido dulu...

Rabu, 9 Februari 2011

akhirnya...!!

akhirnya saya dapat mengahsilkan blog yg baru....hehehehehe..alhamdulilah...setelah sekian lama sy cuba dan terus mencuba untuk mencari blog lama sy namun gagal...akhirnya...hehehehe...inilah hasilnya...yeeehhaaa....!!